Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Nasi Dengan Sambal Sardin Cili Api"


Tips

Gunakan banyak bawang supaya sambal berasa manis

Goreng dahulu isi ikan supaya tidak mudah hancur


Ingredients

Beras (Boleh Tambah Carrot Dan Celery Ke Dalam Bubur Nasi Jika Mahu) 1 1/2 pot kecil
Sardin Mackerel Tin Kecil 1 tin
Cili Api Kampung ( Ditumbuk ) Segenggam
Bawang Holland (Dimayang Kasar ) Sebiji besar
Bawang Putih (Dimayang Halus ) 3 ulas besar

Instructions

1

Cuci beras sampai bersih

2

Masak beras sampai kembang dengan air secukupnya

3

Masukkan carrot dan celery jika mahu

4

Untuk sambal pula , asingkan isi dan sos ikan sardin

5

Goreng dahulu isi ikan selama 3-4 minit, kemudian angkat dan ketepikan

6

Tumiskan bawang holland dan bawang putih yang telah dimayang halus, bersama cili api yang ditumbuk

7

Selepas pecah minyak, masukkan sos sardin dan masak sehingga pekat

8

Tambahkan isi ikan dan air asam jawa jika perlu . Perasakan dengan gula dan garam

9

Angkat dan hiaskan. Sedia dimakan bersama roti atau bubur nasi