Back to Recipe Print

Recipe for "Jem Strawberry Homemade"


Tips

Sesuaikan sukatan gelatin mengikut kehendak anda. Lebih banyak gelatin akan menghasilkan jem yg pekat dan pejal (seperti dijual dipasaran)


Simpan dalam peti sejuk dan lap permukaan gelas kaca supaya tahan lama dan lambat berkulat / rosak

Ingredients

Buah Strawberry Segar 400gram
Gula Pasir 4 sudu ( atau mengikut selera anda dan jenis buah , lebihkan gula jika buah masam )
Gelatin (Pastikan Halal) - Dilarutkan Dengan Air Panas 2 sudu kecil

Instructions

1

Cuci buah strawberry sehingga bersih, buang daunnya

2

Potong buah menjadi saiz kecil agar mudah lembut / hancur

3

Masak dengan api perlahan ( paling kecil ) dan kacau lembut. Jus akan keluar dengan sendiri.

4

Masukkan gula pasir dan gaul sebati.

5

Masak sehingga jus menjadi pekat dan kering sedikit. Lenyekkan dengan senduk jika mahu buah hancur

6

Tambahkan gelatin yang sudah dilarukan ke dalam periuk. Kacau sebati

7

Tutup api dan alihkan dari dapur. Biarkan sejuk sedikit barulah masukkan ke dalam bekas kaca . Simpan dalam peti sejuk