Back to Recipe Print

Recipe for "Sayur Campur Goreng Dan Sotong Putih "


Tips

selain sotong, bole masukkan udang juga

Ingredients

Brokoli 50 gram
Kobis Bunga 50 gram
Lobak Merah Setengah batang
Tomato Sebiji
Jagung Kecil Dua batang
Lada Merah Sebatang
Lada Hijau Sebatang
Bawang Besar Satu labu
Bawang Putih Dua biji
Udang Kering Lima ekor
Sotong Putih Dua ekor
Tepung Jagung Satu sudu
Garam&serbuk Perasa Secubit

Instructions

1

Siang sotong,cuci dan toskan

2

Potong brokoli, kubis bunga,lobak merah,jagung kecil kecil sebesar ibu jari

3

Bawang merah dimayang. bawang putih diketuk dan dipotong halus

4

Lada merah dan hijau di potong serong nipis nipis

5

Masukkan minyak sesdudu dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, udang kering dan lada merah&hijau

6

Selepas garing, masukkan sotong dan goreng sotong hingga berubah bentuk dan keras sedikit

7

Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong dan tumis hingga masak

8

Dalam mangkuk kecil, kacau sesudu tepung jagung bersama setengah cawan air,kacau dan tuangkan kedalam kuali

9

Tabur sedikit garam dan serbuk perasa, kuah pun sudah pekat. siap