Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Carbonara Versi Malay"


Tips

** Sambil masak sos carbonara, bolehlah rebus skali spagheti supaya dapat menjimatkan masa.

**Masuk minyak masak semasa rebus spaghetti untuk mengelakkan ianya melekat dan menjadi hancur.

** Kalau tak suka pekat tambah air je ikut kepekatan pilihan anda

**Nak tambah nikmat makan, masukkan la meatball

Ingredients

Spaghetti 1 paket
Carbonara Cendawan Prego 1 tin
Bawang Putih (Blend) 3 biji
Bawang Merah (Blend) 3 biji
Cili Padi 3 biji (ikut citarasa)
Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil (ikut citarasa)
Serbuk Oregano 1 sudu kecil
Daging Kisar 200 gram
Susu Segar ( Saya Guna Dutch Lady) 250gram / 1 kotak kecil
Cheese ( Saya Guna Cheese Slice) 3 keping
Garam Secukup rasa
Ajinomoto Secukup rasa
Meatball **optional 5 biji (belah 2 bg nmpk banyak)

Instructions

1

Panaskan air atas api dan masukkan spaghetti. Masuk sedikit minyak semasa rebus spagheti bagi mengelakkan spaghetti melekat apabila sudah masak. Bila dah lembut, toskan spagheti.

2

Untuk sos carbonara, Firstly, tumis bawang putih, bawang merah dan juga cili padi sampai la naik bau. Sebab citarasa melayu so aktiviti tumis menumis ni adalah wajib! Huhuhuhu

3

Bila tumisan tu dah naik bau, masukkan pulak daging kisar dan meatball. dan kacau sebati dalam lebih kurang 5 minit.

4

Next, masukkan pulak 1 tin Carbonara Cendawan Prego tadi dan kacau sebati. Kalau rasa pekat sangat, masukkan suku cawan air dan kacau lagi.

5

Bila dah mendidih (membuak-buak sedikit), masukkan susu dan kacau. Sambil kacau tu, masukkan garam, ajinomoto, serbuk lada hitam dan juga oregano. Masukkan ikut citarasa anda tak perlu ikut sangat sukatan. Kacau lagi sehingga mendidih.

6

Seterusnya. bila dah mendidih dan rasa puas hati, masukkan cheese slice tadi satu persatu dan kacau sehingga cair. Kacau sebati.

7

Akhir sekali, adjust rasa apa yang kurang mengikut citarasa anda. Bila dah masak, matikan api dan bolehlah dihidangkan,