Back to Recipe Print

Recipe for "Bread Pudding Simple"


Tips

Boleh tambahkan coklat cip jika suka

Ingredients

Roti 6 keping
Gula 3/4 cawan
Kismis 1 cawan
Susu Segar 2 cawan
Telur 4 biji
Cinnamon Powder 1 tsp
Extract Vanilla 1 tsp
Butter 2 tbsp

Instructions

1

Panaskan oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja.

2

Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.

3

Susun roti dalam loyang yang telah dilenser dengan butter dan tabur kismis. Susun roti dan tabur kismis lagi sehingga habis.

4

Di dalam bekas lain, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kayu manis dan vanilla extract.

5

Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.

6

Tekan tekankan roti dengan menggunakan garfu supaya ianya terendam di dalam adunan telur dengan sepenuhnya.

7

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam. Sedia dihidangkan