Back to Recipe Print

Recipe for "Crispy Mars Bar"


Tips

Guna loyang segiempat 8" x 8"

Ingredients

Bahan A
Coklat Mars - 5 Batang 5 x 53 gram
Mentega - Dipotong Kiub 75 gram
Rice Bubbles/rice Krispies 3 cawan
Bahan B
Dark Chocolate Compound 250 gram
Mentega 20 gram

Instructions

Menyediakan Bahan A

1

Satukan mentega & coklat Mars di dlm periuk & cairkan di atas api yg perlahan. Kacau sllu agar coklat tidak hangus.

2

Bila adunan mentega & coklat Mars telah cair, padamkan api & masukkan rice bubbles/rice krispies.

3

Gaul hingga kesemua rice bubbles/rice krispies tadi diselaputi coklat.

4

Kemudian masukkan adunan yg telah sebati td ke dlm loyang yg telah di alas dgn parchment paper. Ratakan dgn spatula sambil ditekan padat. Ketepikan.

Menyediakan Bahan B

1

Dalam periuk lain, cairkan dark chocolate compound & mentega secara double boil.

2

Bila adunan coklat telah mencair sepenuhnya, tuang di atas loyang yg berisi rice bubbles/rice krispies td & ratakan. Hentak ringan agar coklat rata.

3

Akhir sekali, masukkan loyang ke dlm peti sejuk selama setengah jam sebelum boleh dipotong & dihidang.

4

**Rujuk gambar di bawah untuk langkah demi langkah menyediakan Crispy Mars Bar**

5

**Lebihkan coklat jika mahu lapisan coklat yg tebal seperti gambar di bawah**