Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Badak Serunding Kelapa"


Tips

Pastikan keledek lebih banyak dari tepung, barulah lembut.

Jika mahu pedas, tambahkan lebih cili ketika membuat inti serunding kelapa

Ingredients

Untuk Adunan
Keledek ( Direbus Empuk Dan Dileyek ) 500gram
Tepung Gandum 1 cawan ( atau mengikut selera )
Untuk Inti Serunding Kelapa
Kelapa Parut Putih 200gram
Udang Kering ( Dicuci Dan Direndam Sehingga Kembang ) 3 sudu makan
Cili Kisar 2-3 sudu makan
Bawang Merah Dan Putih 2-3 ulas
Daun Kunyit ( Dimayang Halus ) 2 helai
Kunyit Hidup Atau Serbuk Seinci dua atau sesudu kecil
Air Asam Jawa Dua sudu

Instructions

1

Gaulkan tepung dan keledek yang telah dileyek. Uli sehingga sebati.

2

Bentukkan menjadi bulatan kecil dan Ketepikan.

3

Untuk inti ( boleh dibuat awal-awal dan frozenkan )

4

Tumis bawang dan cili kisar sehingga naik bau. Tambahkan udang kering dan dan kunyit , masak lagi sehingga hampir garing.

5

Tambahkan air asam jawa sedikit mengikut keperluan. Perasakan dengan gula dan garam

6

Masukkan kelapa parut dan daun kunyit yang dimayang halus. Gunakan api yang kecil suapaya tidak hangit.

7

Apabila sudah kering sedikit, sejukkan dan sedia dimasukkan ke dalam adunan.

8

Leperkan sedikit doh kecil tadi, sudukan inti. Tutup dengan kemas dan goreng sehingga keemasan.

9

Sedia untuk dihidang