Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Coklat Chip Famous Amos"


Tips

Apabila hendak membakar biskut, loyang tak perlu dilenser mentega.

Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Ingredients

Bahan A
Gula Perang 1/2 cawan
Gula Kastor 1/4 cawan
Mentega 1/2 cawan
Minyak Jagung 1/2 cawan
Telur Gred B 1 biji
Garam 1/4 tsp
Susu Segar 1/2 tbsp
Extract Vanilla 1/2 tsp
Bahan B
Serbuk Koko (Di Ayak) 1 tbsp
Tepung Gandum (Di Ayak) 2 cawan
Tepung Jagung 1 tbsp
Lemon 1/2 tsp
Soda Bikarbonated 1/2 tsp
Walnut Cincang 1/2 cawan
Coklat Chips 1 cawan

Instructions

1

Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

2

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar.

3

Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dlm adunan tadi. Kacau dgn menggunakan spatula. Kemudian masukkan walnut & chocolate chips.

4

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang.

5

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.