Back to Recipe Print

Recipe for "Buttered Prawn With Egg Floss "


Tips

Kalau suka banyak egg floss tu ( serdak-serdak ) guna lebih banyak kuning telur ye.

Sesuai la kalau baru lepas buat pavlova tu kan banyak baki telur kuning. Jangan buang, sayang

Ingredients

Udang Basah ( Saiz Sederhana ) 400gram
Butter 150gram
Kuning Telur (Ikut Kehendak , Nak Banyak Floss Guna Banyak ) 3-5 biji
Cili Api 7-8 biji
Daun Kari ( Saya Suka Banyak ) 4-5 tangkai
Bawang Putih ( Dicincang Halus ) 1 labu
Minyak Masak 2 sudu
Susu Segar Atau Susu Cair 2-3 sudu

Instructions

1

Cuci bersih udang. Jika suka buang kepala boleh juga, tapi kurangla jus manis nanti

2

Goreng udang beberapa minit ( sehingga bertukar warna daging ke oren2 sahaja ) dalam butter yang dicamput sedikit minyak masak. Angkat dan ketepikan

3

Dengan baki minyak yang sama , tumis bawang putih sehingga naik bau , masukkan cili padi yang diketuk atau dipotong ke dalam tumisan. Tambah daun kari

4

Apabila hampir garing , masukkan sedikit susu segar atau cair supaya timbul rasa lemak kuah

5

Akhir sekali, masukkan udang dan gaulkan. Jangan terlalu lama , kalau tak udang akan keras ( overcooked )

6

Untuk egg floss pula, pukul telur kuning ( tak perlu kembang, hanya sebati )

7

Dalam kuali yang baru ( seeloknya kuali melengkung ) panaskan butter dan minyak masak untuk menggoreng 'egg floss'

8

Tuangkan telur kuning dengan perlaham dan tinggi , agar floss yang terjadi halus, terapi berhati- hati jika tuang terlalu lambat, floss akan putus2

9

Cara lain ialah , tuang dlm plastic atau piping bag, gunting lubang halus dan hanya pegang tinggi dari kuali. Hasilnya cantik juga. Cubalah.

10

Dalam masa yang sama , GUNA SENDUK BULAT ( mcm senduk sup ) buat pusingan di dalam kuali untuk mengacau floss , TANPA HENTI

11

Angkat segera bila kesemua floss berwarna perang keemasan dan kurang berbuih di dalam minyak. Sedia untuk dihidang