Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Soto Bakso "


Tips

Bahan sangat mudah. Takda pakai rempah sup ke apa. Janji ada daging tetel dengan tulang mmg sedap

Ingredients

Daging Tetel Dan Tulang 1kg
Bihun ( Dicelur ) 1 paket
Lada Putih ( Biji Dan Kisar ) 3 sudu
Bebola Daging ( Direbus ) 15 biji
Daun Sup + Daun Bawang Setengah cekak
Bawang Putih 1 labu
Kicap Cili Secukupnya
Sambal Cili Secukupnya
Bawang Goreng Secukupnya

Instructions

1

Cuci bersih daging tetel dan tulang.

2

Tumis bawang putih yang ditumbuk atau dicincang halus sehingga naik bau. Masukkan lada putih dan tambah air.

3

Masukkan daging dan tulang, seeloknya guna pressure cooker ( jika ada ). Rebus sehingga empuk

4

Perasakan sup dgn gula garam.

5

Celur bihun sehingga lembut. Angkat dan toskan.

6

Sedia dihidang bersama sayur celur ( jika mahu ), bebola daging , dan bawang goreng.

7

Untuk sambal cili , guna cili merah , blend dengan bawang putih atau campur cili api merah sikit untuk extra pedas. Tambah cuka. Masak sehingga pekat

8

Kicap cili pula seeloknya guna cili api , blend bersama kicap manis dan bawang putih ( jika mahu )Tambah garam dan sedikit cuka. Masak jika mahu