Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Goreng Sweet Sour"


Tips

Kalau masukkan perahan lemon sedikit boleh menambahkan sedikit rasa. Kemudian dalam instruction 3 kita masukkan garam yang terakhir sebab masa goreng ayam tadi kan dah gaul garam. So, risau kalau nanti terlebih masin pulak.

Ingredients

Ayam Goreng Kunyit
Ayam 8 ketul
Serbuk Kunyit Secukupnya
Garam Secukupnya
Ramuan Sweet Sour
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 2 biji
Halia 1 inci
Tomato Paste 3 sudu besar
Cili Kisar 5 sudu besar
Sos Cili 5 sudu besar
Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu kecil
Bunga Lawang 3 biji
Bunga Cengkih 4 biji
Buah Pelaga 3 biji
Kulit Kayu Manis Sebatang
Jintan Manis 1/2 sudu kecil
Jintan Putih 1/2 sudu kecil
Gula Secukup rasa
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Gaulkan kesemua ayam bersama kunyit dan garam. Biarkan selama beberapa minit sementara menunggu kuali berisi minyak yang sedang dipanaskan. Goreng ayam sehingga masak dan keluarkan dari kuali.

2

Tinggalkan hanya sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan cili kisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga naik minyak dan kemudian masukkan pula serbuk lada hitam, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, jintan putih serta jintan manis. Tumis selama seminit dua dan kemudian masukkan pula paste tomato dan kacau. Kecilkan sedikit api.

3

Kemudian masukkan sos cili dan kacau selama beberapa minit dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan bawang besar yang dah dihiris seperti nak buat anion ring. Kacau seminit dua atas api kecil dan rasa sedikit sekiranya rasanya dah elok untuk dihidang atau tidak.

4

Siap dan sedia untuk dinikmati.