Back to Recipe Print

Recipe for "Chocolate Chip Cupcake"


Tips

- Saiz cup untuk cupcake yang aku guna adalah medium size kalau tak silap. Dapat buat 18 biji cupcake. Kalau guna saiz small, boleh dapat lebih banyak.

- Kalau takde penimbang/penyukat, boleh sukat guna cawan je. Untuk gula castor, 250 gram bersamaan 1 cawan. Untuk tepung penaik, 250 gram bersamaan 2 cawan.

Ingredients

Buttercup 250 gram
Gula Castor 250 gram / 1 cawan
Telur 4 biji
Tepung Penaik 250 gram / 2 cawan
Susu Segar 1/2 cawan
Vanilla Flavor 2 sudu kecil
Chocolate Flavor 3 sudu kecil
Serbuk Koko Van Houten 3 sudu besar
Chocolate Chip Ikut sukahati

Instructions

1

Pukul 250 gram buttercup bersama 250 gram gula castor. Pukul sehingga kembang.

2

Masukkan telur sebiji demi sebiji sebanyak 4 biji. Pukul lagi sehingga sebati dan kembang.

3

Sambil memukul adunan, masukkan 250 gram tepung penaik. Masukkan sedikit demi sedikit. Jangan masukkan sekaligus.

4

Masukkan 1/2 cawan susu segar. Teruskan memukul adunan.

5

Masukkan 2 sudu kecik Vanilla Flavor. Pukul sehingga adunan dah kembang dan nampak ringan.

6

Masukkan 3 sudu kecil Chocolate Flavor.

7

Masukkan 3 sudu besar serbuk koko Van Houten. Nak guna serbuk koko brand lain pun boleh. Teruskan pukul adunan.

8

Masukkan Chocolate Chip. Kuantiti tak kisah. Kalau suka coklat chip banyak, boleh masukkan banyak. Teruskan pukul adunan.

9

Adunan sudah siap. Tuang adunan ke dalam cup. Jangan tuang sampai penuh. Tuang 3/4 dari saiz cup tu.

10

Tabur sedikit coklat chip kat bahagian atas cupcake sebagai hiasan.

11

Panaskan oven dengan suhu 170c selama 10 minit.

12

Bakar cupcake pada suhu 170c selama 30 minit.

13

Lepas 30 minit, cucuk cupcake guna garfu untuk pastikan dah masak atau belum. Sekiranya belum, boleh tambah sedikit masa sehingga diyakini masak.