Back to Recipe Print

Recipe for "Jeruk Asam Boi Rangup"


Tips

Make sure rendam air panas kejap lepas siap potong. Tujuan? Supaya potongan mangga tu fresh dan rangup even lepas dah jadi jeruk nanti pun. Jangan rendam lama sangat. Nanti lain jadinya pulak.

Nak sedap, guna mangga lemak yang belum masak/ranum. Nama pun nak buat jeruk kan.

Kalau tak suka pedas, tak payah masukkan cili.


Ingredients

Buah Mangga Lemak 5 biji
Asam Boi 1 paket
Air Panas 1 cerek
Gula Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Cili Secukup rasa

Instructions

1

Kupas kulit mangga dan potong memanjang.

2

Basuh mangga yang telah dipotong.

3

Rendam potongan mangga dengan sedikit air panas. Rendam 1-2 minit sahaja. Kemudian toskan.

4

Masukkan sedikit gula, dan garam secukup rasa. Lain orang lain tastenya. Ada yang suka makan jeruk yang ada sedikit rasa manis. Gaul sehingga rata.

5

Masukkan asam boi dan hirisan cili secukup rasa. Gaul lagi menggunakan sudu. Asam boi kasi banyak sikit pun best.

6

Masukkan jeruk ke dalam bekas tupperware / balang. Tutup dengan rapat. Letak dalam peti ais. Siap untuk disantap !