Back to Recipe Print

Recipe for "Karipap Kulit Roti Gardenia"


Tips

1. Nak makan begitu sahaja pun boleh tanpa perlu digoreng.

2. Inti boleh pelbagaikan ikut citarasa masing-masing.

Ingredients

Roti Gardenia 8 keping
Inti Daging Cincang (Siap Digoreng) 200gram
Sos Prego Tradisional 1 sudu besar
Serbuk Lada Putih 1 sudu kecil
Garam Secubit rasa

Instructions

1

Inti daging cincang digaul dengan sos prego, serbuk lada & garam. Boleh juga kalau masak sekali di atas api.

2

Roti dilenyekkan nipis. Letakkan inti tadi di tengah roti. Lipat roti menjadi bentuk segitiga.

3

Kepitkan roti dengan acuan seperti dalam gambar.

4

Ulang langkah 2-3 sehingga roti @ inti habis.

5

Panaskan minyak & goreng karipap sehingga kuning keemasan.