Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Snowballs"


Tips

serve with hot coffee or tea! oh lalalalaaa!

Ingredients

Tepung Gandum (Apf) 500 g
Gula 2 sudu besar
Garam 2 cubit
Yoghurt (Strawberry Flavor Pon Sedap) 2 sudu besar
Yis Kering 1 packet
Air Masak Secukupnya
Telur Gred A 2 biji
Butter 1 sudu besar
Gula Kastor Secukupnya
Air Panas Secukupnya

Instructions

1

Masukkan sedikit air panas di dalam gelas. agak2 kurang sedikit dari suku gelas. masukkan yis dan 1 sudu gula. kacau dan biarkan seketika.

2

Sementara yis mengembang memenuhi ruang gelas, sediakan bahan2 lain.

3

Di dalam satu mangkuk yang agak besar, masukkan tepung, butter, garam, gula, telur, yoghurt dan acuan yis yang dah kembang tadi.

4

Uli kesemua bahan dengan menggunakan tangan sehingga sebati. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang agak lembut.

5

Doh tidak sepatutnya terlalu keras. anda tidak perlu risau jika ianya melekat di tgn kerana kita akan membentuknya menggunakan sudu.

6

Kemudian basahkan sehelai kain lap pinggan yang bersih dan perah sehingga kering. tutup mangkuk yg berisi doh dengan kain lembab.

7

Kain yang lembab akan membantu proses kenaikan doh dengan lebih cepat.

8

Setelah doh naik, anda boleh panaskan minyak didalam kuali dan bentukkan doh menjadi bulat2 menggunakan 2 dua sudu.

9

Mulakan menggoreng dengan api yang panas dan kemudian perlahankan api untuk mengelakkan doh cepat hangus.

10

Setelah itu letakkan donut yang telah di goreng ke dalam pinggan dahulu sebelum menggolekkan mereka di dalam pinggan yang berisi gula castor.

11

Hal ini kerana jika donut masih berminyak ia akan menyukarkan gula untuk melekat pada donut.

12

There you go! donut snowball yang gebus dan gabas.