Back to Recipe Print

Recipe for "Mudahnya Memasak Pai Coklat"


Tips

Untuk dapatkan pastri yang rangup, butter memang perlu untuk dibekukan terlebih dahulu. Sama juga sekiranya ingin mendapatkan kulit karipap yang rangup, pastikan gunakan air berais untuk mengadun tepungnya.

Ingredients

Bahan Pastri
Butter (Di Bekukan Terlebih Dahulu) 3/4 cawan
Gula Aising 1/2 cawan
Tepung Gandum 2-3 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Garam 1 sudu kecil
Bahan Inti Pai
Tepung Gandum 1/4 cawan
Coklat Gelap (Dark Choc) 200gm
Coklat Putih (White Choc) 50gm
Coklat Susu (Milk Choc) 50gm
Serbuk Koko (Cocoa Powder) 50gm
Susu Segar 1/2 cawan
Telur 2 biji
Walnut 1/2 cawan
Serbuk Oreo 1/2 cawan

Instructions

1

Pastri: Gunakan tangan untuk membuat pastri, kiubkan butter yang telah dibekukan. Kemudian gaulkan bersama tepung gandum sedikit demi sedikit.

2

Pastikan tepung dan butter tidak mencair dan hanya akan melekat di jari. Mula kepal-kepalkan dan masukkan gula aising dan esen vanilla serta garam.

3

Terus gaul dan kepalkan dan jadikan seperti doh. Leperkan dan letak di dalam bekas pai dengan rapi. Bakar 10 minit dengan suhu 180'

4

Untuk Membuat inti pai, gunakan kaedah 'double boiler'

5

Masukkan semua jenis coklat dan biarkan mencair, kemudian masukkan susu segar dan walnut. Kacau.

6

Kemudian masukkan tepung gandum, telur yang telah di pukul dan terus kacau hingga semuanya sebati, akhir sekali masukkan serbuk oreo.

7

Bakar kembali dengan suhu 180' selama 20 minit. Sedia untuk dihidang bersama ais krim vanilla.