Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Ikan Patin Tempoyak Pahang"


Tips

Untuk mendapatkan rasa yang betul-betul umpphh! kalian perlu mendapatkan tempoyak yang baru. Jangan gunakan tempoyak yang terlalu masam kerana rasa gulai asam juga akan terganggu.

Ingredients

Ikan Patin 2-3 ekor
Tempoyak 2-3 senduk
Bunga Kantan 3 kuntum
Daun Kesum Segenggam
Kunyit Hidup 1-2 inci
Cili Padi Segenggam
Cili Merah 5 batang
Bawang Besar 1 biji
Garam Secubit
Air Secukupnya

Instructions

1

Bersihkan ikan dengan betul, seeloknya basuh dengan asam keping untuk membuang bau hanyir. Ambil periuk dan didihkan air.

2

Masukkan kunyit hidup, tempoyak, bunga kantan, daun kesum, kacaukan seketika, masukkan cili padi, cili merah yang telah ditumbuk bersama bawang besar

3

Kemudian baru masukkan ikan, kacau sedikit dan tutup periuk. Jangan kacau kerana bimbang ikan akan hancur.

4

Lebih kurang 10 minit, buka tudung periuk dan rasa, perasakan dengan garam. Jika masih tidak cukup tempoyak, boleh tambah dan ikut selera anda.