Back to Recipe Print

Recipe for "Kerabu Mangga Dengan Udang Kering"


Tips

Selain dari udang kering, boleh juga dimasukkan sotong, suun, isi ikan malah perut ayam yang sudah direbus juga sangat sedap disatukan dengan kerabu,

Ingredients

Mangga Muda 1 biji
Bawang Besar 1 biji
Bawang Merah 1 biji
Bawang Putih 1 ulas
Cili Padi 5-10 biji
Cili Merah 2 batang
Tomato Segar 1 biji
Udang Kering 2 sudu besar
Kacang Tanah 1 sudu besar
Lobak Merah 2 inci
Limau Kasturi 2-3 biji
Garam 1 sudu kecil

Instructions

1

Hiris halus mangga, semua bawang, cili api, cili merah dan lobak dan asingkan. Kemudian potong dadu buah tomato dan sekalikan.

2

Masukkan udang kering yang sudah dibasuh bersih dan kacau sebati dalam campuran tadi. Masukkan perahan limau kasturi dan garam. Kacau sebati.

3

Semasa mahu menghidang, baru taburkan kacang tanah yang sudah dibakar.