Back to Recipe Print

Recipe for "Tradisi Kelantan: Kuih Jala Emas"


Tips

Gunakan telur itik yang segar bagi mendapatkan jala emas yang terbaik.

Ingredients

Telur Itik (Kuning Sahaja) 10 biji
Gula Pasir 450gm
Daun Pandan 2 helai
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Pukul telur kuning perlahan-lahan dan usahakan supaya tidak berbuih. Kemudian tapis menggunakan kain putih atau tapis teh.

2

Panaskan kuali, masukkan air, daun pandan dan gula. Kacau sentiasa sehingga gula dan air tersebut berbuih. Angkat daun pandan dan ketepikan.

3

Masukkan telur kuning tadi ke dalam piping beg, dan tebuk piping beg sehalus mungkin. Pipekan ke kuali dengan membuat bulatan.

4

Biarkan kuning telur tersebut masak (lebih kurang 1-3 minit) dan angkat menggunakan garfu perlahan-lahan.

5

Susun dan sedia untuk dihidang.