Beras Short Grain/beras Jepun | 3 cawan |
Rumpai Laut/seaweed | 6 keping |
Sosej | 5 batang |
Mentega/buter/minyak Masak | 2 sudu besar |
Minyak Bijan | 2 sudu besar |
Garam | 1 sudu kecil |
Timun Jepun/timun Biasa | 1 batang |
Lobak Merah | 1 batang |
Air | 1 cawan |
Telur | 2 biji |
Bahan Lain |
Masak nasi tiga cawan seperti biasa tetapi lebihkan air dan masukkan sedikit garam
Sementara tunggu beras masak goreng telur dadar, dan sosej
Kupas kulit lobak merah.
Selepas itu, potong memanjang timun jepun, lobak merah, telur dadar dan sosej.
Setelah nasi hampir masak masukkan minyak bijan sedikit untuk menaikkan aruma nasi tersebut.
Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat keatasnya dan letak rumpai laut/seaweed ke atasnya.
Seterusnya, setelah nasi masak letak nasi tersebut keatas rumpai laut dan ratakan nasi tersebut kalau nasi tu lembek senang sikit nak ratakan.
Ambil timun jepun, telur dadar, lobak merah, serta sosej yang sudah di potong pastikan letak di hujung sekali supaya senang untuk di scrollkan
Pastikan gulung perlahan-lahan sambil menekan supaya ia nampak mampat.
Setelah selesai gulung ia akan kelihatan panjang dan potong mengikut setengah ibu jari atau ikut suka hati.
Bila dah siap boleh dihidangkan.