Back to Recipe Print

Recipe for "Pai Labu Manis (Sweet Pumpkin Pie)"


Tips

Untuk menguatkan rasa labu, boleh tambah sedikit perasa pandan atau perasa pisang. Hanya 1-2 titik sahaja.

Ingredients

Bahan-Bahan Pastri
Tepung Gandum 250gm
Butter / Mentega (Dibekukan) 180gm
Gula Perang 200gm
Garam 1 sudu kecil
Bahan-Bahan Inti Pai
Labu 1/2 biji
Telur 5 biji
Gula Perang 200gm
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Instructions

1

Rebus labu hingga empuk dan asingkan.

2

Teruskan membuat pastri, masukkan tepung dan butter dan satukan sehingga ianya berketul, kemudian masukkan garam, gula.

3

Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga pastri tersebut boleh dicanai.

4

Letak di dalam loyang dan tebuk menggunakan garfu di pastri tersebut. Bakar seketika 10-15 minit dalam suhu 170'.

5

Ambil Labu yang telah diasingkan tadi kemudian terus tambah telur, gula perang dan esen vanila. Kemudian, kacau hingga semuanya sebati.

6

Masukan dalam loyang pastri dan kemudian bakar sekali lagi dalam suhu 170 untuk 15 minit.

7

Sedia untuk dihidang bersama airkrim vanillah atau sos kastard. Sedap!