Back to Recipe Print

Recipe for "Bebola Pizza Berkeju"


Tips

Untuk dapatkan roti yang super lembut, rajinlah mengulinya lebih lama!

Ingredients

Bahan Doh (Roti Pizza)
Tepung Gandum 1kg
Yis 1 paket yis mauripan
Gula Halus 1 sudu besar
Air Suam 1 - 3 cawan
Minyak Masak 1/2 cawan
Garam 1 sudu kecil
Bahan Inti Pizza
Keju Mozarella 250gm
Sos Tomato 3-5 sudu besar
Bebola Ayam Atau Daging 1 paket (20-30 biji)

Instructions

1

Ambil 1/2 cawan air suam dan masukkan yis kedalamnya dan asingkan. Kemudian campurkan semua bahan doh dalam 1 bekas kecuali air dan tepung.

2

Masukkan air dan tepung sedikit demi sedikit dan terus uli supaya doh melekat di jari.

3

Kemudian masukkan air yis tadi dan terus masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga doh sudah tidak melekat pada bekas.

4

Uli doh dan hempas-hempaskan ke meja supaya doh lebih lembut. Kemudian asingkan dalam 20 minit ditutup dengan kain basah.

5

Selepas itu leperkan doh dan bulat-bulatkan menggunakan mulut cawan.

6

Dan letak 1/2 sudu sos tomato, keju dan bebola daging kemudian terus bulatkan doh supaya menutup bebola tadi.

7

Letakkan dalam dulang pembakar cupcakes. (roti akan mengembang lagi semasa membakar). Bakar dengan suhu 180, selama 20 minit. sedia untuk dihidang.