Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Goreng Jawa"


Tips

Petai adalah optional. Jika suka, boleh letak. Jika tak suka bau, jangan letak kerana bau petai adalah kuat.

Ingredients

Kacang Panjang 4 tangkai - kerat pendek
Kobis Bulat 1/4 bahagian - hiris
Petai 2 papan - hiris
Tempe 2 keping - potong dadu, goreng
Tauhu 2 keping - potong dadu, goreng
Isi Udang 1/4 cawan
Fucuk Kering & Sohoon 1 peket - rendam, kerat pendek
Cili Hijau 1 biji - hiris
Cili Merah 1 biji - hiris
Cili Kisar 2 camca besar
Jus Asam Jawa 3/4 camca besar
Kicap Cair 1 camca besar
Serai 1 batang - ketuk
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan Kisar:
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 2 ulas
Belacan 1/2 inci - bakar

Instructions

1

Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai & cili kisar. Kacau & masak hingga cili garing & terbit minyak.

2

Masukkan jus asam jawa, isi udang, kacau rata & biar sekejap.

3

Masukkan tempe, tauhu, petai & kacang panjang. Gaul rata & masak hingga kacang panjang lembut. Boleh tambah air sekiranya perlu.

4

Masukkan fucuk kering, kacau & tambah kobis bulat, gaul rata.

5

Tambah kicap cair & sohoon. Kacau & masak hingga kering.

6

Masukkan cili merah, cili hijau, perasakan gula & kicap cair. Gaul rata. Jika perlu, tambah garam. Masak hingga kering. Hidang.