Back to Recipe Print

Recipe for "Sayur Kacang Tumis Air"


Tips

Pastikan sayur tidak dimasak terlalu lama untuk mengekalkan khasiat yang ada di dalamnya.

Ingredients

Kacang Panjang Seikat
Ikan Bilis Segenggam
Bawang Merah Sebiji - hiris halus
Bawang Putih 3 ulas - cincang halus
Cili Benggala 1/2 biji - cincang dadu
Garam Secukup rasa
Air 2/3 cawan

Instructions

1

Kacang panjang dipotong menyerong dan kemudian dibersihkan.

2

Ikan bilis basuh bersih dan toskan. Hiris halus-halus bawang merah dan bawang putih pula dicincang halus. Cili benggala dipotong dadu.

3

Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis, bawang merah bawang putih. Apabila ikan bilis sedikit perang, masukkan pula cili.

4

Selepas itu masukkan kacang panjang bersama air. Didihkan seketika.

5

Perasakan sayur tadi dengan garam secukupnya. Sayur kacang tumis air sedia untuk dihidangkan.