Back to Recipe Print

Recipe for "Homemade Sate Ayam Goreng "


Tips

Lidi hendaklah direndam dalam air untuk elakkan daripada patah semasa menggoreng mahupun membakar .

Ingredients

Ayam 1 ekor
Bahan-Bahan Perapan :
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 3 ulas
Lengkuas 2 inchi
Halia 1 ketul
Serai 4 batang
Serbuk Ketumbar 2 sudu besar
Serbuk Jintan Manis 2 sudu besar
Serbuk Jintan Putih 2 sudu besar
Serbuk Kunyit 2 sudu besar
Gula Melaka 3 sudu besar
Gula 6 sudu besar
Garam 3 sudu besar

Instructions

1

Bersihkan keseluruhan ayam terlebih dahulu dan toskan seketika . Seterusnya , asingkan isi dan tulang .

2

Isi ayam dipotong dadu mengikut kesukaan anda . Ketepikan .

3

Sementara itu , mesin kesemua bahan perapan sehingga halus . Pastikan air tidak terlalu banyak .

4

Tambahkan 3 sudu besar minyak untuk menghaluskan bahan kisaran tersebut .

5

Campurkan bahan perapan yang telah siap bersama isi ayam yang telah didadukan tadi . Gaul sebati dan cucuk isi ayam mengikut kreativiti anda .

6

Perapkan semalam . Goreng menggunakan minyak yang banyak .

7

Hidangkan bersama potongan timun , bawang besar dan kuah kacang . Selamat mencuba !