Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Kaki Ayam Ala Thai "


Tips

Pastikan kaki ayam dimasak sehingga lembut .

Ingredients

Kaki Ayam 1 kilogram
Serai (Dititik) 1 batang
Lengkuas (Dihiris) 2 inchi
Halia (Dihiris) 1 ketul kecil
Sos Ikan 4 sudu besar
Bawang Besar (Hiris Halus) 1/2 biji
Bawang Putih (Hiris Halus) 4 ulas
Cili Api (Belah Dua) 6 biji
Limau Nipis (Perah Tanpa Biji) 3 biji
Karot (Potong Serong) 1 biji
Rempah Ratus :
Bunga Lawang 4 biji
Bunga Cengkih 4 biji
Kulit Kayu Manis 1 batang
Buah Pelaga 4 biji
Bahan Perasa
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Serbuk Perasa Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan kaki ayam dan toskan .

2

Masukkan kesemua kaki ayam dan air ke dalam periuk . Masak sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sehingga empuk .

3

Setelah empuk , kecilkan api . Seterusnya , masukkan karot , serai yang dititik , lengkuas , sos ikan dan cili api serta serbuk perasa . Kacau .

4

Sekiranya air rebusan hampir kering , tambahkan air .

5

Sementara itu , tumiskan hirisan bawang putih , bawang besar , halia , bunga lawang , bunga cengkih , buah pelaga dan kulit kayu manis .

6

Hasil tumisan tadi dicampurkan ke dalam sup dengan sedikit minyak tumisan . Tuangkan perahan air limau nipis . Kacau seketika dan tutupkan api .

7

Hidangan sup panas ini enak dimakan dengan nasi putih atau enak dimakan begitu sahaja . Selamat mencuba !