Back to Recipe Print

Recipe for "Daging Dendeng"


Tips

Resepi yang mudah dan sedap, rendang ini sesuai dibuat agak manis2 sedikit

Ingredients

Daging 500g
Bawang Merah 15 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inch
Cili Giling 2 tbsp
Belacan Sedikit
Pes Asam Jawa 1 tsp
Tomato Belah 4 2 biji
Garam Secukup rasa
Kicap Manis Secukupnya
Gula Secukup rasa
Rempah 3 Serangkai
Bunga Lawang 1 kuntum
Kulit Kayu Manis 1 btg
Biji Pelaga 2 biji

Instructions

1

Potong daging nipis-nipis dan rebus sehingga empuk. Simpan air rebusan daging.

2

Tumbuk sedikit daging yang telah direbus (jangan sampai hancur).

3

Tumbuk bawang putih, halia, bwg merah dan jintan manis, perapkan daging sekejap dengan sedikit bahan yang ditumbuk.

4

Goreng danging tadi sehingga garing, angkat dan ketepikan.

5

Guna setengah dari minyak menggoreng daging dan tumis bunga lawang, cengkih dan kayu manis sehingga wangi.

6

Kemudian masukkan lebihan bahan tumbuk tadi. Setelah wangi masukkan pula serbuk cili dan masak sehingga terbit minyak.

7

Tambahkan air rebusan daging sekiranya tumisan kering. Masukkan serai, tomato, kicap dan pes asam jawa.

8

Masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul kesemua di dalam kuali. Selalu kacau supaya sambalnya tak hangus.

9

Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehinga sambalnya agak2 kering dan boleh diangkat.

10

Sedia dihidangkan