Back to Recipe Print

Recipe for "Sagu Gula Melaka"


Tips

Boleh letakkan pewarna merah atau hijau supaya warna sagu lebih menarik

jika tak mahu gunakan santan, boleh gantikan dengan susu

Ingredients

Sagu 2 cawan
Air 6 cawan
Santan 1 kotak
Gula Pasir 1/2 cawan
Gula Melaka 1 ketul
Garam Secukup rasa
Daun Pandan 1 helai

Instructions

1

Rebus sagu hingga menjadi jernih. kemudian cuci dengan air sejuk hingga hilang kanjinya.

2

Masukkan ke dalam acuan dan letak dalam petisejuk sebentar untuk mengeraskannya

3

Untuk santan, panaskan santan di dalam periuk bersama garam, daun pandan dan gula pasir. didihkan hingga gula larut.biarkan sejuk sebentar

4

Sediakan gula melaka. didihkan gula melaka bersama air dan daun pandan hingga gula larut. siap!

5

Hidangkan sagu bersama kuah santan dan air gula melaka. sedapnyaaaa!