Back to Recipe Print

Recipe for "Traditional Kimchi"


Tips

sukat pakai mug je.. tak payah timbang2...

Ingredients

Kobis 4 biji
Lobak Merah 2 batang
Sengkuang 1/2 biji
Daun Sup / Daun Bawang Seikat
Garam Secukup rasa
Bawang Holand 1 mug
Bawang Putih 1 mug
Halia Setengah inci
Sos Ikan 1/2 mug
Tepung Gandum 1 mug
Air 3 mug
Cili Powder 500 gm

Instructions

1

Basuh semua bahan sayuran

2

Kobis dibelah 4. lumurkan setiap helai daun dgn garam. letak tepi.

3

Pastikan setiap 30 min, terbalik2 kn supaya garam rata. letak tepi. perap selama 2 jam.

4

Sementara tu, racik halus lobak merah, sengkuang, daun sup, daun bawang. letak tepi.

CARA MEMBUAT REMPAH

1

Blander bawang holand, bawang putih, halia.

2

Masukkan air, sos ikan, tepung gandum ke dalam periuk.

3

Kacau sehingga pekat.

4

Kecikkan api, masukkn bawang2 & halia yang dah blender tu.

5

Kacau sehingga sebati.

6

Masukkn cili powder. kacau lg. Dia akan jadi sangat likat. (kalau dah ok, tutup api)

7

Gaulkan dengan daun sup,daun bawang, carrot, sengkuang. letak tepi.

SELEPAS 2 JAM

1

Basuh kobis yang dah diperap. tos kan supaya xmasin sgt.

2

Lumurkan setiap helai daun kobis tu dengan rempah yang dah disediakan awal td.

3

Dah siap lumur semua, masukkn dalam bekas. perap selama 2 hari.

4

Dah siap.. lepas perap 2 hari tu, letak dalam peti ais untuk tahan lama..