Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Rebus Air Asam"


Tips

1. Gunakan air rebusan ikan utk rasa lebih sedap.

2. Untuk tambah kesedapan, ikan yang selesai direbus dibakar sekejap (salai tanpa minyak) iaitu asing air rebusan & biar biar seketika atas api.

Ingredients

Ikan 1 ekor
Tomato (Dipotong Dadu) 1 biji
Cili Padi (Dihiris) 3 biji
Cili Besar (Dihiris) 1 biji
Bawang Besar (Dipotong Bulat) 1 biji
Belacan (Dibakar) 1 inci
Air Asam 5 sudu besar
Jus Limau Nipis 1 sudu besar

Instructions

1

Ikan direbus dengan asam keping sehingga masak. Ketepikan.

2

Dalam mangkuk, campurkan semua bahan kering & tuangkan air rebusan ikan tadi. Gaul sebati.

3

Masukkan belacan, gula, garam & air asam. Pastikan gula, garam & belacan hancur.

4

Masukkan pula jus limau. Perasakan sesedap rasa.

5

Letakkan ikan di dalam pinggan, kemudian tuangkan air asam ke atas ikan. Siap untuk dihidang.