Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Oppa"


Tips

gunakkan non stick pan untuk memasak kulit

Ingredients

Inti
Ikan Sardin Segar 500g
Air 1/2 cawan
Asam Keping 2kpg
Bawang Merah(Dimayang) 5ulas
Bawang Merah(Dikisar) 5ulas
Bawang Putih(Dikisar) 3ulas
Halia(Dikisar) 1inci
Cili Padi(Dipotong Kecil-Kecil) 5biji(optional)
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Kulit
Tepung Gandum 2cawan
Air 2 1/4cawan
Telur 1biji
Susu Cair 2sdb
Garam Secubit

Instructions

1

Bersihkan ikan,rebus bersama air dan asam keping

2

Setelah ikan masak,sejukkan kemudian ambil isi sahaja dan hancurkan(dilenyek-lenyek shj)
*simpan air rebusan untuk inti

Inti

1

Tumiskan bawang merah kisar bersama bawang putih dan halia hingga naik bau
*masukkan cili jika suka pedas

2

Masukkan isi ikan dan sedikit air rebusan,gaul sebati

3

Masukkan bawang merah yang dimayang dan perasakan dengan garam dan gula

4

Kacau sehingga inti kering.setelah siap sejukkan

Kulit

1

Kesemua bahan kulit dikisar dan tapiskan
*pastikan tiada ketulan tepung

2

Sendukkan kedalam kuali,ratakan dengan cara melenggang kuali(spt buat kuih ketayap

3

Seelah kulit masak,masukkan inti dan gulungkan- siap

4

Jika suka kulit rangup,gorengkan seketika kuih didalam kuali leper bersama sedikit minyak sehingga keperang-perangan