Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Puri"


Tips

Roti akan mengembung semasa goreng, curahkan2 minyak panas atas roti semasa menggoreng.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cwn
Marjerin 2 sd besar
Susu Tepung 1 sd besar
Air Suam Secukupnya
Garam Secubit
Gula Halus 1 sd besar

Instructions

1

Sediakan air susu [ bancuh susu tepung dengan air dan tambahkan garam. Kalau guna susu tepung biasa tambahkan gula 1-2 sudu ikut citarasa].

2

Dalam bekas lain, masukkan tepung bersama butter yang telah dicairkan (atau marjerin) dan gaul.

3

Masukkan  air susu sikit demi sedikit dan uli menjadi doh. *Pastikan doh tidak melekat. Jika melekat tambahkan tepung.

4

Dah siap doh, bulatkan kecil kecil dan letak minyak sikit.

5

Rehatkan selama 5 minit

6

Sebelum menggoreng pastikan minyak panas dan banyak. Canaikan doh setebal 0.5 cm kemudian goreng setelah minyak panas.

7

Kemudian ulang semua doh hingga habis, boleh hidang dan dicicah dgn kuah kari ayam, daging atau apa2 je yg anda suka.