Back to Recipe Print

Recipe for "Dark Chocolate Brownies Dengan Berry Compote"


Tips

Jika anda sukakan elemen kekacang, boleh tambahkan apa sahaja jenis kekacang di dalam adunan brownies sebanyak 1 cawan.

Ingredients

Bahan-Bahan Brownies
Coklat Gelap 280gm
Butter 180gm
Serbuk Koko 80gm
Gula Halus 250gm
Tepung Gandum 180gm
Telur 4 biji
Serbuk Penaik 1 sudu kecil
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Bahan-Bahan Berry Compote
Rasberi Segar 100gm
Blueberi Segar 100gm
Gula Galus 1/2 cawan
Serbuk Kayu Manis 1 sudu kecil
Golden Syrup 3 sudu besar

Instructions

1

Gunakan teknik 'double boiler', masukkan coklat gelap bersama butter, cairkan.

2

Kemudian masukkan tepung, gula dan serbuk koko, kacau sebati. Kemudian masukkan esen vanilla dan serbuk penaik. Teruskan kacau.

3

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan kacau. Terus tuang ke dalam loyang pembakar brownies 8 x 8 inci. Bakar selama 30 minit 180'.

4

Untuk beri compote, masukkan golden syrup ke dalam periuk sos, kemudian dimasukkan gula dan serbuk kayu manis. Kemudian tuang semua beri dan kacau.

5

Teruskan kacau sehingga mendidih. Pastikan gula hancur dan beri juga mengeluarkan warna aslinya dengan baik. Sejukkan.

6

Sedia untuk dicurahkan ke atas brownies.