Back to Recipe Print

Recipe for "Siput Buluh Masak Pedas"


Tips

Masukkan diwaktu akhir,sebab ianya seperti sotong atau udang,jika masak terlalu lama,ia akan liat.

Ingredients

Siput Sudu 500 gram
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Serai Diketuk 1 batang
Cili Padi Dibelah Dua 4 batang
Cili Kering Kisar 15 biji
Bawang Besar Dihiris 1 labu
Tomato Dipotong 4 1 biji
Sos Tiram 2 sudu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Jus Asam Jawa 1 cawan
Daun Limau Purut Disiat 2 helai
Pokok Ketumbar Dimayang Halus 1 pokok

Instructions

1

Rendam siput buluh untuk buang sisa pasir,cuci semula dan toskan airnya

2

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan bau harum.

3

Masukkan serai dan cili padi kacau rata
Masukkan bawang besar dan tomato
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tiram dan biarkan ia merenih

4

Jika kuah kering tambahkan air
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula kerana lauk ni sedap kalau manis-manis pedas sikit rasanya

5

Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.

6

Akhir sekali masukkan siput buluh
Tutup kuali dan biarkan ia masak sebentar anggaran 5 minit
kacau rata dan biar merenih
Sedia di hidangkan.