Back to Recipe Print

Recipe for "Siakap Masak Sambal"


Tips

pastikan cili kisar ditumis sehingga garing supaya tidak terlalu pedas dan tidak sakit perut kerana cili kurang masak.

Ingredients

Ikan Siakap 1 ekor
Cili Kisar 5 sudu
Bawang Merah Dan Putih Dikisar 4 sudu
Minyak Secukupnya
Garam Secukup rasa
Serbuk Kunyit Sedikit
Tepung Jagung 2 sudu
Tomato 1 biji
Bawang Dihiris 1 biji
Asam Keping 1/2 keping
Lobak Dipotong Dadu 1/2 biji
Sos Tiram 1 sudu
Air Sedikit
Daun Limau Purut 5 helai
Serai 1 batang
Gula Sedikit

Instructions

1

Lumur ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.kemudian goreng dalam minyak yang banyak (deep fry)

2

Setelah masak angkat dan toskan minyaknya. ketepikan dahulu

3

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar. tumis sehingga garing

4

Masukkan sos tiram, lobak, tomato, serai, daun limau purut, asam keping dan bawang yang dihiris. kacau sebentar

5

Kemudian masukkan sedikit air. didihkan

6

Perasakan dengan garam dan gula. kuah siap!

7

Tuangkan kuah sambal ke atas siakap yang telah siap digoreng tadi.apalagi?balunlahhh...hehe!