Back to Recipe Print

Recipe for "Samosa Kentang"


Tips

Lebih sedap sekiranya minyak digantikan dengan mentega. And then lepas goreng nanti kalau boleh lapik pinggan dgn tisu so boleh serap minyak.

Ingredients

Bahan Kulit
Kulit Popia Saiz Sederhana Secukupnya
Putih Telur 1 biji
Bahan Inti
Kentang Saiz Sederhana 4 biji
Sayur Campuran 125 gram
Bawang Merah 4 biji
Bawang Putih 2 ulas
Udang Kering 1 sudu besar
Serbuk Kari 1 sudu besar
Serbuk Cili 1/2 sudu kecil
Bawang Besar 1 biji
Daun Sup Secukupnya
Air Secukupnya

Instructions

1

Kisarkan semua bahan iaitu bawang putih dan bawang merah. Kentang dan bawang besar dipotong dadu. Daun sup pula dihiris halus2. Sayur campuran dipotong halus. Asingkan telur putih (digunakan untuk gam kulit popia)

2

Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau sehingga rata.

3

Masukkan kentang dan sedikit air. Biar sehingga empuk.

4

Kacau sehingga kentang sebati dengan bahan tumis sehingga kering. Bila dah masak dan agak nak kering masukkan daun sup dengan bawang besar yang dah dipotong tadi.

5

Sekarang inti dah ready untuk dilipatkan dengan kulit popia. Letakkan kulit popiah di atas pinggan. Sudukan inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk tiga segi. Cara nak lipat ni, boleh carik dkt youtube kalau tak tau hehe :) Search je "how to fold samosa". Gunakan putih telur tadi sebagai gam di hujung kulit popia bagi mengelakkan terbukak bila goreng nanti.

6

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

7

Goreng samosa sehingga kekuningan.

8

Angkat, toskan minyak dan boleh dihidangkan.