Back to Recipe Print

Recipe for "Resepi Kari Kambing Mamak"


Tips


Daging kambing ni kalu xbetul cara xsyok nk mkn kalu kuat bebenor bau nye. Alhamdulillah setakat ni masak kambing bau tu ade tp kurang la, kalu xde bau langsung kurang kick la plak kn. Cara nye sy rebus dulu daging kambing ngan daun pandan, halia, skit garam sampai empuk. Teknik ni kalu nk masak nasi arab kambing atau sup.
Untuk kari, perapn ngan rempah2 sebelum kite masak, rempah2 tu akn kurangkn bau kambing

Ingredients

Daging Kambing Batang Pinang ~ Sy Guna Mutton Cube 1 kg
Tomato ~ Potong Baji 2 biji
Garam Secukup rasa
Cuka Tiruan 2 sudu besar
Santan 1 1/2 cawan
Minyak Masak 3 sudu besar
Minyak Sapi 3 sudu besar
Daun Kari. 10- 20 helai
*pes Rempah Dikisar Halus Ngan Sikit Air
Bawang Merah 15 ulas
Bawang Besar 2 labu
Halia 3 cm
Bawang Putih 6 ulas
*rempah Ratus
Bunga Cengkih 6 kuntum
Kulit Kayu Manis 2 cm
Buah Pelaga 6 biji
Bunga Lawang 2 kuntum
*rempah Serbuk Bancuh Ngan Skit Air
Garam Marsala 1 s.besar
Serbuk Lada Putih 1 s.teh
Rempah Kari Daging 3 s.besar
Cili Serbuk ~ Kurangkn Kalu Xnk Pedas 2 s.besar
Serbuk Jintan Putih 1 s.besar
Serbuk Ketumbar 1 s.besar
Serbuk Kunyit 1 s.besar

Instructions

1

Masukkan cuka, garam 1/2 sk, 1 sb pes rempah kisar, 1 sb serbuk cili & serbuk kunyit, sebatikan bahan2 & sapukan/gosokn pd permukaan daging kambing.

2

Peramkan daging tadi semlman/2 jam paling kurang dlm peti sejuk.

3

Panaskan minyak sapi & minyak masak di dlm periuk atau kuali

4

Masukkan daun kari, rempah ratus & pes rempah. Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.

5

Masukkan pes rempah serbuk. Biarkn semua campuran ni masak hingga pecah minyak menunjukkn semua kandungan air dalam pes itu telah sejat & da masak.

6

Masukkn daging. Kacau selalu selama kira2 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah & perisa meresap ke dalam daging.

7

Tambahkan air secukupnya paras tenggelam daging. Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau hingga daging empuk.

8

Masukkan tomato, santan & perasakan secukupnya dengan garam. Siap!