Back to Recipe Print

Recipe for "Mocha Chocolate Chip Cookies"


Tips

Saya guna tangan sahaja untuk buat adunan. Guna senduk la of course untuk putar mentega & kuning telur. Lebih senang. tapi kalau biasa guna mesin pun ok je!

Ingredients

Mentega 250 gram
Gula Perang Halus 150 gram
Kuning Telur 3 biji
Esen Vanila 1/2 camca teh
Minyak Mocha 1 camca teh
Coklat Cip 120 gram
Gajus 100 gram - cincang, sangai
Badam 50 gram - cincang, sangai
Kelapa Kering 1/2 cawan
Baking Powder 1/2 camca teh
Tepung Gandum 350 gram
Serbuk Koko 15 gram
Garam Secubit

Instructions

1

Satukan baking powder, tepung gandum & serbuk koko & ayak. Ketepikan.

2

Putar mentega & gula perang halus hingga gebu. Masukkan kuning telur satu persatu & putar rata.

3

Tambah esen vanila, garam & minyak mocha. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.

4

Masukkan kelapa kering, gajus, badam & coklat cip, putar hingga semua rata.

5

Ambil lebih kurang 1/2 sudu besar adunan, bulatkan & susun di atas loyang. Tekan dengan garpu sedikit.

6

Bakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Sejukkan biskut di atas jaring sebelum susun ke dalam bekas. Siap!