Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Cara Manis"


Tips

Jika tidak mahu kuih ini berair, masukkan separuh adunan terlebih dahulu. Tunggu sehingga adunan agak masak barulah dimasukkan gula. Kemudian tutup kembali dengan sedikit lagi adunan kuih cara sehingga kuih masak

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Daun Pandan 4 helai
Garam Secukup rasa
Gula Secukupnya
Santan 1/2 cawan
Telur 2 biji
Minyak Sapi 2 sudu

Instructions

1

Kisar daun pandan bersama air sehingga halus dan tapiskan airnya

2

Masukkan tepung gandum, air pandan, santan, telur dan garam ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan tapiskan.

3

Sapu sedikit minyak sapi ke dalam acuan dan tuangkan sedikit adunan.

4

Setelah adunan agak kering atau separuh masak, letakkan sedikit gula sebagai inti dan tutup sebentar agar ia cepat masak

5

Siap!