Back to Recipe Print

Recipe for "Summer Seafood Stew"


Tips

Boleh letak apa sahaja seafood yang anda suka.

Ingredients

Udang Besar 10 ekor - asingkan kulit
Kepah 200 gram
Kupang 200 gram
Scallops 10 ekor
Tomato 1 biji - potong dadu
Bawang Putih 1 ulas - ketuk
Bawang Putih 2 ulas - cincang
Daun Parsley 1 pokok - cincang
Bawang Besar 1 biji - cincang
Cuka Makan 1/2 cawan
Mentega 2 sudu besar
Minyak Zaitun 1 sudu besar
Air 2 cawan
Garam & Lada Sulah Secukup rasa

Instructions

1

Tumis kulit udang & bawang putih yang diketuk hingga kulit udang berubah warna. Tambah daun parsley & air. Biar mendidih. Toskan & ketepikan.

2

Dalam periuk lain, cairkan mentega & masukkan minyak zaitun, tambah bawang putih & bawang besar yang dicincang, tumis hingga naik bau.

3

Masukkan air rebusan kulit udang tadi & cuka, biar hingga mendidih.

4

Masukkan kepah & kupang. Tutup periuk & biar hingga kulit kepah & kupang terbuka.

5

Masukkan tomato, scallops, udang & lebihan daun parsley. Gaul rata. Perasakan garam & lada sulah. Kacau rata. Hidang.