Back to Recipe Print

Recipe for "Lopis"


Tips

Kukuskan sebentar kelapa bersama garam sebelum disalut ke kuih lopis

Ingredients

Beras Pulut 3 cawan
Air Pandan 1/4 cawan
Garam Secukup rasa
Air 2 cawan
Kelapa Parut Putih Sahaja 1 bji
Gula Merah 1 cawan
Gula Pasir 1/2 cawan
Santan 2 cawan
Daun Pisang Secukupnya

Instructions

1

Kukus beras pulut bersama santan dan jus pandan sehingga ¾ masak

2

Angkat dan letakkan ke dalam daun pisang. Gulung dengan kemas dan ikat dengan tali di pangkal dan hujungnya.Boleh juga dibungkus 3 segi

3

Kukus sekali lagi sehingga pulut masak.

4

Setelah pulut masak, angkat dan bolehlah dipotong.

5

Kemudian golekkan ke dalam kelapa parut putih

6

Masukkan air, gula merah dan gula pasir ke dalam periuk, didihkan sehingga gula larut. Angkat dan tapiskan

7

Kuih lopis sedia dihidang bersama air gula