Back to Recipe Print

Recipe for " Shepherd's Pie Sedap Hingga Menjilat Jari "


Tips

Gunakan kentang yang bersaiz sederhana sahaja dan pastikan betul-betul empuk supaya senang nak lenyek. Kalau rasa tak kuasa nak lenyek manual, bolehlah guna mixer.. senang!

Untuk inti daging atau ayam, lebih ump kalau guna yang fresh! jangan guna yang segera.. Kat pasaraya biasanya banyak jual daging@ayam cincang yang segar..

Ingredients

Bahan Untuk Lapisan (Layer)
Kentang Saiz Sederhana 10 biji
Butter / Planta / Margerin 3 sudu besar
Susu Segar 1/4 cawan
Lada Sulah Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Bahan Untuk Inti
Ayam @ Daging Cincang 400 gram
Bawang Merah | Cincang 2 ulas
Bawang Putih | Cincang 5 ulas
Tomato Gebu | Dadukan 1 biji
Tomato Puree 1 tin kecil
Cendawan Butang | Potong Kecil 1 tin
Sos Cili 2 sudu besar
Daun Ketumbar Segenggam
Garam Secukupnya

Instructions

Penyediaan layer

1

Mula-mula kupas kulit kentang, belah kecik-kecik pastu rebus sampai empuk seempuk-empuknya

2

Dah empuk bolehlah mula melenyek kentang bersama campuran butter, lada sulah dan garam

3

Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit dan lenyek lagi

4

Agak-agak dah cukup tahap kelenyekannya, dah tak de ketul-ketul.. boleh lah diketepikan dulu. Kita nak wat inti pulak

Penyediaan inti

1

Cairkan butter

2

Masukkan bawang merah dan bawang putih

3

Masukkan daging @ ayam cincang

4

Masukkan tomato puree, sos cili, garam, daun ketumbar dan gaulkan sehingga sebati

5

Masukkan cendawan butang + tomato dadu

6

Gaul-gaul-gaul.. Dah siap

7

Inilah kejadiannya.. Kentang lenyek + inti daging

Penyediaan Shepherds pie

1

Letak lapisan kentang kat dasar loyang korang.. Jangan buh habis pulak, nanti nak letak kat atas sekali

2

Bubuh la inti daging tu kat atas kentang tadi, ketebalannya ikut suka tekak korang

3

Kat atas inti daging tu, letak selapis lagi kentang lenyek tadi

4

Konon nak kelihatan kreatif, aku pun letaklah lapisan kuning telur lepas tu gariskan-gariskan dengan garfu.. ha kreatif tak..kreatif tak...

5

Dah siap la tu.. boleh lah masukkan dalan ketuhar gelombang mikro dengan suhu 180C selama 25-30 minit

6

Dah agak-agak kuning keperangan yang cantik macam gambar ni, boleh lah dikeluarkan.

7

Kalau rasa-rasa dah tak sabar nak menelannya boleh lah terus potong dan lihatlah hasilnyaaaa

8

Nampak Gebu kannn... kan... kan....Siap untuk memasuki tekak.. yummy yummy... selamat mencuba.. tak susah pon... sedap hingga menjilat pinggan!