Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Sos Kastad"


Tips

enak dimakan ketika sejuk

Ingredients

Roti Gardenia 6kpg
Susu Cair 2cawan
Gula Pasir 1/2cawan
Garam 1/4sdk
Telur(Dipukul Ringan) 2biji
Mentega 1sdb
Esen Vanila 1sdk
Kismis Ikut suka
Serbuk Kayu Manis 1sdb
Sos Kastad
Susu Cair 1cawan
Esen Vanilla 1sdk
Gula Kastor 1cawan(blh tambah jika suka manis)
Tepung Kastad 1sdb

Instructions

1

Panaskan susu,garam dan gula,kacau hingga gula larut

2

Apabila susu hampir mendidih,angkat dan masukkan roti.*pastikan roti tenggelam

3

Masukkan mentega dan kacau rata

4

Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan telur supaya telur tidak terus masak

5

Masukkan esen vanilla,kacau sedikit kemudian masukkan kismis

6

Isikan kedalam loyang bersaiz 8" yang dilenser dengan mentega dan taburkan serbuk kayu manis diatasnya

7

Masukkan loyang kedalam bekas yang diisi air panas untuk membakar secara steam bath

8

Bakar pada suhu 180°c selama 45minit hingga 1jam

Sos kastad

1

Campurkan semua bahan sos ke dalam periuk

2

Kacau sehingga tiada ketulan tepung kemudian baru dipanaskan

3

Sentiasa kacau semasa dipanaskan.kepekatan sos mengikut selera anda.*setelah sos sejuk ia akan lebih pekat lagi

4

*jika telah sejuk/pekat tetapi anda ingin menambahkan manisnya,pastikan tambah air sedikit sebelum masukkan gula,kacau rata baru dipanaskan lagi