Back to Recipe Print

Recipe for "Cupcake Lava Meleleh"


Tips

1. Kena simpanan adunan dalam ruang sejuk beku 30minit. Kalau tak jadi cupcake biasa sahaja.

2. Kalau kukus pakai loyang, ambil masa 10-15minit masak.

Ingredients

Bahan A
Susu Coklat Dutch Lady 1 kotak kecil
Serbuk Milo 1/2 cawan
Serbuk Koko 2 sb
Susu Pekat 5 sb
Minyak Masak 1/2 cawan
Bahan B
Telur 2 biji
Kuning Telur 1 biji
Gula Pasir 1/2 cawan
Esen Vanila 1 sk
Bahan C
Tepung Gandum (Diayak) 1 cawan

Instructions

1

Masak BAHAN A atas api yang perlahan sampai sebati. Tutup api & biarkan sejuk.

2

Pukul BAHAN B sehingga kembang.

3

Campurkan bahan A+B sehingga sebati.

4

Masukkan bahan C, kaup dengan spatula bagi sebati.

5

Masukkan adunan dalam cup kertas & simpan dalam ruang beku selama 30minit.

6

Panaskan kukusan. Masak selama 5 minit atas api besar. Siap!