Back to Recipe Print

Recipe for "Fusilli Bersama Bayam Dan Udang"


Tips

Boleh juga gunakan pasta jenis yang lain ikut kegemaran anda. Selain itu bahan lain seperti sotong, ayam, dan daging boleh menggantikan udang.

Ingredients

Pasta Fusilli 1 cawan
Udang Sederhana 10 ekor
Bayam Segenggam (ambil daun sahaja)
Bawang Holland Setengah biji
Bawang Putih 3 ulas
Daun Sup 2 tangkai
Mixed Herbs Secubit
Garam Secubit
Lada Hitam Secubit
Minyak Zaitun 2-3 sudu
Air Untuk Merebus 3 cawan

Instructions

1

Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk. Masukkan pasta fusilli bersama sedikit minyak dan garam. Tujuan letak sedikit minyak adalah untuk mengelakkan pasta melekat antara satu sama lain manakala garam pula untuk memberikan sedikit rasa kepada pasta tersebut. Setelah lembut, tutupkan api dan toskan pasta itu. Letak ke tepi.

2

Bersihkan udang dan cuci bersih. Kemudian potong dadu bawang holland. Untuk bawang putih pula potongkan halus-halus. Racik halus daun sup. Bersihkan bayam dan toskan.

3

Panaskan 2-3 sudu minyak zaitun. Masukkan udang yang telah dibersihkan. Setelah berubah warna, masukkan pula bawang holland dan bawang putih yang dipotong tadi. Setelah bau naik, masukkan bayam. Kemudian masukkan pasta fusilli. Apabila bayam sudah layu, masukkan secubit lada hitam ( bagi yang suka pedas boleh letakkan lebih). Perasakan dengan secubit garam dan mixed herbs.

4

Last sekali masukkan hirisan daun parsley untuk memberikan aroma yang lebih menyelerakan.