Puff Pastry Kawan | 1 bungkus |
Daging Kisar Ramly | 1 bungkus |
Sayur Campur | 3 cawan |
Bawang Putih | 5 ulas |
Bawang Besar | 1 ulas |
Bawang Merah | 3 ulas |
Minyak Sayur | 2 sudu besar |
Garam | 1 sudu teh |
Telur Di Pukul Rata | 1 biji |
Rebus sayur campur hingga empuk dan toskan air nya. Ketepikan.
Panas kan minyak ke dlm kuali.
Masuk kan bawang putih, merah dan besar ke dlm kuali dan tumis sebentar hingga naik bau.
Masuk kan daging kisar ke dlm kuali dan masak hingga daging berubah warna.
Masuk kan sayur campur tadi dan gaul hingga masak.
Perasakan dgn garam dan angkat.
Nyah beku kan puff pastry 10 minit sebelum di gunakan.
Letakkan puff pastry di atas bekas muffin dan isikan tumisan sayur campur tadi.
Sapukan air di atas puff pastry dan tutup menggunakan puff pastry.
Tekan menggunakan garfu disekeliling puff pastry supaya tidak terbuka semasa dibaca dlm oven.
Sapukan telur di atas puff pastry yg telah siap.
Bakar dlm oven pada 180 °C selama 15 - 20 minit.