Back to Recipe Print

Recipe for "Jemput Pisang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam "


Tips

Jika mahukan bentuk bulat dan cantik, ianya perlu dibentuk menggunakan sudip semasa menggoreng

Ingredients

Pisang 12 biji saiz sederhana
Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 1 cawan
Soda Bikarbonat 1 sudu kecil
Gula Pasir 3 sudu besar bergantung pada kemanisan yang diiginkan
Air 2 cawan

Instructions

1

Pisang dibuang kulit, dan dilenyek sehingga hancur.

2

Masukkan Tepung gandum, tepung beras yang telah diayak serta masukkan sudu bikarbonat.

3

Gaul sebati dan masukkan gula pasir, sedikit garam. Boleh di tambah air dan perasakan seperti biasa.

4

Panaskan minyak, dan sudukan adunan ke dalam minyak panas. Masak dengan api sederhana.

5

Setelah masak, boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.