Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Bbq Ala Korea"


Tips

Untuk yang tiada pemanggang, masukkan sahaja ayam bersama bahan perap tadi ke dalam kuali. Guna api kecil & masak hingga ayam betul-betul masak & kuah pekat. Tabur bahan hiasan. Siap!

Ingredients

Ayam 10 ketul
Bahan Perap:
Minyak Bijan 1/2 cawan
Kicap Manis 3 camca besar
Madu 3 camca besar
Bawang Besar 1 biji - cincang
Halia 3 inci - cincang
Bawang Putih 3 ulas - cincang
Cuka 4 camca kecil
Chili Flakes 2 camca kecil
Garam 1/2 camca kecil
Lada Sulah 1/2 camca kecil
Bahan Hiasan:
Daun Bawang 1 pokok - hiris
Cili Merah 2 biji - hiris
Bijan Putih 1 camca kecil

Instructions

1

Perap ayam selama 2 jam atau semalam di dalam peti sejuk.

2

Bakar atas pemanggang sehingga kedua-dua belah ayam masak. Balik-balikkan ayam untuk masak rata.

3

Tabur bahan hiasan di atas ayam yang telah dipanggang tadi. Hidang.