Back to Recipe Print

Recipe for "Marble Chocolate Cheesecake"


Tips

1.pastikan ratakan adunan cream cheese dengan sekata untuk mendapatkan lapisan yang sempurna

Ingredients

Mentega 250gm
Gula Halus 1 1/2 cawan
Telur 5 biji
Serbuk Koko 1/2 cawan
Tepung Gandum@ Tepung Halus 1 1/2 cawan
Baking Powder 2 sudu kecil
Pewarna Coklat @ Coklat Emulco 1 sudu kecil
Susu Cair 1/4 cawan
Tepung Gandum, Serbuk Koko Dan Baking Powder Diayak Bersama
Bahan Untuk Adunan Creamcheese
Cream Cheese 250gm
Gula Halus 3 sudu besar
Esen Vanila 1 sudu kecil
Telur 1 biji

Instructions

1

Panaskan oven pada suhu 160 drjh C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2

Putar mentega dan gula hingga putih.Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.

3

Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dengn susu cair hingga habis.Gaul rata dengan spatula.Ketepikan.

4

Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati

5

Masukkan telur dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.

6

Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.

7

Tuangkan baki adunan coklat (akhir) dan ratakan.Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.

8

Cucuk dengn lidi untuk test sama ada kek sudah masak atau belum.Jika keluar licin bermakna sudah masak.

9

Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.