Back to Recipe Print

Recipe for "Soto Ayam"


Tips

Amalkan zikrullah & selawat semasa memasak!

Bila kacau sup, kacau lawan arah putaran jam ye!

InshaAllah sedap! :)

Ingredients

Bahan Untuk Sup
Dada Ayam 2 potongan
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 7 biji
Halia 1 inci
Lengkuas 1/2 inci
Kayu Manis 2 batang
Bunga Lawang 3 kuntum
Bunga Cengkih 5 kuntum
Serai Diketuk 2 batang
Lada Putih Sedikit
Buah Keras 4 biji
Air Secukupnya
Bahan Untuk Begedil
Kentang 5-7 biji
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1/2 inci
Lada Putih Sedikit
Buah Keras 3 biji
Telur 1 @ 2 butir
Sambal
Cili Padi 15-20 biji
Bawang Putih 1 labu
Pelengkap Hidangan
Nasi Impit Cukup untuk 5 orang
Mee Suun Sebungkus
Daun Sup Sedikit
Bawang Goreng Mengikut selera
Telur Rebus 4 butir
Ayam Yang Dicarik 2 potongan
Limau Kasturi 5 biji
Sambal Jika mahu

Instructions

Cara buat Sup

1

Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia, lada putih & buah keras.

2

Rebus air & ayam. Kemudian, masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis & serai.

3

Tumis bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.

4

Bila air rebusan ayam tadi sudah mendidih, masukkan bahan tumis tadi & garam secukup rasa.

Cara buat begedil

1

Goreng kentang yang dipotong dadu. Kemudian, lenyekkan kentang yang telah digoreng sehingga halus / hancur.

2

Tumbuk/kisar bawang putih, bawang merah, lada putih, halia & buah keras.

3

Campurkan kesemuanya, kemudian masukkan 1 atau 2 biji telur ke dalam campuran itu dan gaul hingga sebati.

4

Masukkan garam & bentukkan begedil bulat-bulat. Goreng dengan api yang sederhana.

Cara buat sambal

1

Tumis bawang putih & cili padi dengan minyak sedikit. Angkat & biar seketika.

2

Kemudian, tumbuk / kisar bawang & cili. Akhir sekali, Campurkan bahan kisar tadi dengan kicap, garam, gula.

Cara Menghidang

1

Semasa menghidang, letakkan nasi himpit, mee suun, telur rebus yang telah dipotong dan ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk dan letak kuah sup dan begedil yang telah dibuat tadi. Akhir sekali, letak sedikit bawang goreng dan daun sup.

2

Untuk menyedapkan, letak sambal & perahan limau.